November 13, 2009
Pusat Kuala Lumpur ~eps 3: ragam manusia~
Salam 1Malaysia,
Baik! Kali ni saya nak sambung balik cerita saya di KL Sentral atau saya saja letak Pusat Kuala Lumpur. Entri kali ni pasal ragam manusia. Macam yang saya cakap dalam entri lepas yang macam-macam ragam manusia kita boleh lihat di KL Sentral. Yup! Macam-macam. Lucu, sedih, menyakitkan mata, tersentuh, gembira dll. Semua punya persepsi sendiri, jadi saya tak mahulah mengulas dengan lebih panjang pasal gambar yang akan saya letak.
Pemandangan sebegini bukan aneh atau memalukan, bahkan saya panggil ‘mengumpul tenaga sebelum menyambung perjalanan’. Sekiranya kita terawal tiba di KL Sentral ataupun, disebabkan keadaan yang tidak dirancang. Kemudian, keadaan badan sangat penat. Maka salah satu jalan keluar, adalah tidur seketika. Haha! Apa boleh buat kan.
Haha! Gambar yang ini, saya tiada komen. Tengah tengok kalau-kalau ada benjol kot.
Pusing-pusing sekitar KL Sentral ni, lupa pula masih belum makan. Hmm. Apa kata cuba sesuatu yang baru. Bila toleh kiri kanan, ternampak satu kedai makan atau ‘Warong Kita’.
Oklah! Sampai sini dulu. Nanti saya cerita apa yang saya makan di Warong Kita, entri seterusnya…
November 12, 2009
Pusat Kuala Lumpur ~eps 2~
Halo haa~!
Mari kita sambung bercerita pasal jalan-jalan saya di KL Sentral. Bila masuk je bangunan KL Sentral tu, suasana warna warni menarik perhatian saya. Yelah, cuba bayangkan kalau dicat dengan warna-warna yang kurang menyerlah. Hmm..
Kan menarik kalau begini. Bila benda yang dari mula nampak menarik, kita akan terbiasa jadi kita kurang hargai apa yang sepatutnya kita hargai.
Mase saya sampai ni, masih kurang orang. Tapi kalau waktu orang panggil ‘peak hour’, huihh! Kalau bersesak-sesak dan nak terlanggar orang, itu dah jadi perkara biasa. Tapi kalau nak terlanggar orang tu, cepat-cepat senyum dan minta maaf ye!
Tak tahu la kalau orang lain perasan atau tidak, tapi ada beberapa ‘gerai’ kecil jual berbagai-bagai barang. Apa pentingnya semua tu? Laku ke? Bagi saya, benda-benda tu semua sangat menarik. Kadang-kala dari jauh mata saya dah nampak benda yang menarik tu. Dah beberapa kali saya beli dan buat perhiasan kat rumah. Ada juga barang-barang yang dijual tu adalah hasil buatan tangan. Bukan senang nak jumpa.
Menarik kan? Ini pemandangan dari atas diambil di KL Sentral. Kalau tak mengejar masa, saya suka lepak di level atas KL Sentral. Tengok ragam manusia.
Banyak lagi yang saya nak cerita. Tapi kita berhenti di sini dulu k. . bersambung..
November 11, 2009
Pusat Kuala Lumpur ~eps 1~
Kalau tanya orang KL, atau orang Malaysia, apa tempat yang boleh melambangkan pusat Kuala lumpur. Saya rasa antara jawapan-jawapannya adalah KLCC, KL tower, KL Sentral dan macam-macam lagi. Saya pilih KL Sentral la dulu. Sebab bagi saya, kalau tiada KL Sentral ni KL akan jadi seperti bandar biasa yang lain. Haha! Jadi KL takkan jadi bandar luar biasa. Baiklah! Abaikan saya kalau terlalu mengarut.
Sekali lagi kalau tanya orang, apa ada kat KL Sentral tu?
1. Pusat pengangkutan awam
2. Boleh dikatakan tengah-tengah bandaraya kita, KL
3. Senang untuk dijadikan tempat janji, sebab semua orang kenal.
4. Ada banyak lagi ahahah!
OK! Jom jalan-jalan sekitar KL Sentral. Mungkin kita dah biasa pergi KL Sentral. Bukan Mungkin. Dah biasa sangat. Tapi disebabkan dah biasa sangat kita tak ambil kisah apa yang ada kat KL Sentral.
Bila dah sampai kat KL Sentral, nasib baik tak ramai orang. Sebab saya pergi hari minggu, bukan hujung minggu. Semua orang tahu kan bagaimana keadaan KL Sentral kalau hujung minggu. Penuh! Sesak! Tapi semua senang dengan kemudahan yang ada di KL Sentral.
Jadi, dah sampai depan KL Sentral nih nak buat apa pulak? Bila terjenguk-jenguk cari idea nak buat apa, perasan tak yang kebersihan KL Sentral memang terjaga. Tak tahu la kalau-kalau saya sampai waktu ‘cleaner’ baru lepas sapu sampah. Tapi setakat ni, saya memang bangga kalau bercerita pasal kebersihan KL Sentral.
Saya ada ke negara lain, negara apa tu lain cerita. Tapi apa yang hendak saya bandingkan di sini, orang di negara-negara seperti UK, Spain/Sepanyol, Turki dan beberapa negara Eropah berbangga kerana mereka mempunyai bangunan-bangunan berusia lebih 200 tahun. Kalau hendak dibandingkan, memang la Malaysia atau lebih tepat, KL tidak layak pon masuk pertandingan. Tapi kalau dari segi struktur bangunan, kita boleh berbangga sebagai orang KL.
Kisah perjalanan saya.. bersambung..